Kelas Soft Skills - Menjawab Kuiz Bergambar

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu, 27 Januari 2024, Pusat Ekonomi Digital Bengoh telah mengadakan Kelas soft skills iaitu menjawab kuiz bergambar kepada 14 orang kanak-kanak tempatan yang berusia dalam lingkungan 8-12 tahun. Kelas ini berlangsung selama 1 jam iaitu bermula dari pkul 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Dalam aktiviti ini, para peserta diberi dua kuiz bergambar, dimana mereka dikehendaki mencari objek tersembunyi dan mengenalpasti perbezaan dari dua gambar yang sama. Objektif pembelajaran ini diadakan bukan sahaja untuk mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah, tetapi juga untuk mengasah daya peka mereka terhadap sesuatu yang tersembunyi. Kami juga berkongsi “Klik dengan Bijak” iaitu “Oversharing” dalam kalangan kanak-kanak agar mereka lebih faham akan bahaya terlebih berkongsi terutamanya maklumat peribadi di dalam media sosial.

Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali